Wednesday, 25 April 2012
Monday, 16 April 2012
PENGHARGAAN
Syukur
ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya saya dapat menyiapkan
tugasan Pendidikan Seni Visual dalam bidang multimedia kreatif dalam Pendidikan
Seni Visual untuk ujian amali komponen ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual seperti mana yang diarahkan oleh pensyarah. Namun
disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah
terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Nor
Azizah Atan dan juga Cik Zaharah Mohamad selaku pensyarah Pendidikan Seni
Visual PSV 3109 G5.8 yang memberi galakan dan sokongan kepada saya untuk
melaksanakan kajian yang menarik ini serta banyak memberi bimbingan, tunjuk
ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini mengikut
piawaian yang telah ditetapkan.
Saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dari kumpulan
saya kerana telah banyak membantu saya terutamanya dalam membekalkan
maklumat yang berkait dengan kajian
saya. Dan akhir sekali saya tujukan ucapan terima kasih buat kedua ibu bapa
tersayang dan rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak membantu dari segi
kewangan, moral dan idea kepada saya sepanjang menyiapkan kajian ini. Sekian,
terima kasih.
.:. see ART not through the EYES, but heART .:.
Subscribe to:
Posts (Atom)